Wednesday, September 10, 2008

Bosan

Bosan!! mungkin itu perkara biasa buat kalian semua, tapi pernahkah anda berasa bosan dengan diri sendiri, akoo terasa seperti terlalu bosan dengan diriku sehingga akoo mula memabnding-bandingkan diriku dengan manusia-manusia laen yang ku anggapan ceria ..

Wah .. bosan nya tajuk akoo

Sunday, September 7, 2008

Fakta di bulan Ramadhan

Fakta-fakta sahih di bulan Ramadhan:
  1. Akoo semakin kurus
  2. Berat turun mendadak
  3. Duit poket maintain lagi
  4. Akoo semakin malas
  5. Kerja akoo di bulan ini ialah tidur siang dan malam

Thursday, September 4, 2008

Mengenang kembali kisah dahuloo

Akoo ter kenang kembali ketika duloo-duloo, ketika akoo masih kecik berpuase pon disebabkan duit upah ..

Memang sukar untuk akoo melupakan saat itu, saat akoo masih tinggal sebumbung dengan sedara-mare di dalam satu rumah, hidup akoo ketika itu maeenn je manjang, tak de laen ..

Mercun, Bunga api, Kejar-kejar, anak harimau, komunis, panjat pokok, mandi sungai, mandi hujan jgn cakap lar ... buas nak mampos, puase akoo ketika itu juga x pernah kira batal x batal, yang penting makanan x masok mulut ..

Waduh, rindunyer akoo ketika itu .. Kini semuanyer suda tiada .. kegirangan akoo dahulu menemui titik noktah, sedara ku daa kawin, ade yang daa ke rusia, yang ke Kedah mencari mata pencarian pon ade, akoo pulak x lama lagi bakal meninggalkan alam pelajar



P/s: malas nak tulih panjang-panjang ..

Monday, September 1, 2008

Menghayati bulan Ramadhan

Ramadhan kini bertandang, pejam-celik pejam-celik setahun sudah pun berlalu, akoo masih lagi ingat peristiwa di dalam bulan yang lalu masih lagi segar dalam ingatan. Cuma nya akoo terasa bagai kan bulan ini begitu pantas mengelilingi bumi dan bumi terlalu pantas berputar mengelilingi matahari.

Siapa tahu tanpa di duga, akoo sudah pun memiliki keluarga sendiri, bulan ramadhan bertandang setahun sekali mengikut kalendar Islam. Di dalam bulan ini rezeki datang melimpah ruah.

Bukti nya lihat saja di bazaar-bazaar ramadhan, begitu penuh manusia bagai kan lautan di padang masyhar begitu khusyuk memilih juadah untuk berbuka bersama-sama insan tersayang.

Bagi akoo, ramadhan kali ini teda beza nya berbanding ramadhan yang lalu, akoo tetap akoo, akoo masih lagi meneruskan perjuangan mencari identiti diri yang hilang sejak akoo menjejak kaki ke bumi ini.

Di dalam bulan yang mulia ini, akoo menilai kedudukan akoo, adakah akoo yang sekarang ini berbeza dengan akoo pada tahun lepas? dan tahun-tahun sebelum-nyer? apakah perubahan yang akoo lakukan mampu membawa masa hadapan yang cerah kepadaku?

Akoo seringkali tidak dapat lari daripada dihujani dengan persoalan-persoalan seperti ini, atau setidak-tidak-nyer akoo masih mampu menilai sendiri tahap pencapaian akoo berbanding dengan tahun-tahun yang lalu.

Di dalam kalendar Islam, bulan ramadhan merupakan bulan yang baru bagi penganutnya (selain daripada tarikh permulaan hijrah). Di dalam realiti, bulan ini merupakan bulan kelahiran di mana fasa pertama anak bulan dirujuk.

Sewajarnya akoo mengambil pendekatan saintifik ini untuk memperbaiki diri akoo dan "lahir semula" menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.

Terdapat berbagai kekangan untuk akoo mencapai ke arah tersebut, di antara halangan utama ialah melawan sifat akoo sendiri yang terbentuk setelah lebih dua puluh tahun menjejaki kaki ke bumi ini, sifat ini lah antara cabaran paling teguh yang hampir tidak mampu dicapai oleh manusia yang lemah keazamannya.

Akoo tidak dapat menafikan bahawa akoo mungkin termasuk di dalam golongan ini, nafsu dan dorongan telah lama menduduki hati akoo dan menguasai hampir keseluruhan diriku, kadangkala akoo tersungkur di tengah-tengah jalan, dan hampir sekali berputus asa.

Akoo mengagumi manusia yang punya ketabahan hati, yang mampu membawa perubahan rohani dalam jiwa mereka, mampu menundukkan rasa bersalah mereka terhadap dosa-dosa, tetapi akoo masih lagi bertatih dan merangkak menuju ke jalan itu, semoga akoo mampu tiba ke destinasi tujuanku ..

Saturday, August 30, 2008

Erti sebuah Kemerdekaan ..

Pada keesokan hari genap-lar Malaysia mencapai umur 51 taun, bapa-ku baru berumur 54 taun, akoo cuma ingin mengingatkan "keng-kawan" yang berada di luar sana dan juga diriku sendiri yang lahirnya tanpa merasa keperitan "jihad" orang-orang dahuloo kala yang telah "menukarkan" harta benda dan nyawa mereka untuk "sebuah negara yang mempunyai kedaulatan bernama Malaysia".

Di dalam dada dan perut akhbar-akbar tidak kira-lar berbahasa melayu, mandarin, tamil, jawa barat, jawa timoor mahupon penan skalipun pastinya ader coretan-coretan orang-orang tua yang kononnya mereka tela merasai zaman ke"pahit"an sebelom zaman kemerdekaan dan berpendapat bahawa muda-mudi zaman ini (seperti akoo dan korang semua) tidak pernah merasai zaman peperangan lantas tidak memahami erti nilai sebenar sebuah kemerdekaan (p/s : what the hell is that?)

Akoo setuju bahawa akoo lahir selepas kemerdekaan, akoo teda perna merasai "keseronokan" memegang sepucuk rifle mahupon boozaka seperti orang-orang duloo yang tela bermati-matian menentang Penjajahan British dan Pihak Kuomintang, namun itu bukan lar satu perkara yang menjadi "kewajipan mutlak" untuk seorang homosapiens memahami erti sebuah "kemerdekaan".

Apabila bercakap mengenai erti "Kemerdekaan", apa yang korang semua paham? mungkin sekiranya ditanya pada orang-orang tua dahuloo, erti kemerdekaan itu kepada mereka ialah satu kebebasan daripada sebarang bentuk penjajahan samada fizikal maupon mental rohani, diperkuatkan lagi dengan perasaan sayu mereka dan kenangan getir sewaktu menuntut kemerdekaan daripada tangan Penjajah. Pasti-nyer sukar untok mereka menerima bahawa muda-mudi yang tidak mempunyai tanggapan "kemerdekaan" seperti mana tanggapan mereka.

Pada korang semua pulak, macam maner kalu ditanya aper erti kemerdekaan pada korang? Pada akoo erti Kemerdekaan itu terletak segala maksud-nyer secara terperinci di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, carik je .. dan yang pasti ayat itu dikarang oleh orang-orang tua yang hidop pada zaman sebelom Kemerdekaan dan bukannya dikarang oleh "muda-mudi" seperti akoo dan korang semua.

Ader juga orang tua-tua daripada akoo dan korang-korang semua yang merasakan, sekiranya ditakdirkan Malaysia ini menghadapi peperangan, mereka berpendapat bahawa golongan muda-mudi (seperti akoo dan korang semua) akan bertempikkan lari lintang pukang menyelamatkan diri, manakala orang tua-tua akan 'berdiri teguh memegang senjata menyelamatkan negara dan maruah bangsa',

Akoo sama skali tidak bersetuju, maner ader orang yang diserang dengan bom dan mortar akan berdiri berhadapan dengan peledak dan letupan semata-mata untuk menunjukkan diri ini cukup gagah dan berani demi menyelamatkan maruah bangsa dan negara ..

memang secara membuta tuli-nyer manusia akan melarikan diri, tapi itu bukan bermakna kita akan berdiam diri, kita akan menyerang balik menggunakan torpedo dan jet pejuang, dan bukannya membuta tuli memegang senapang dan masuk ke hutan untuk melawan jet dan kapal musuh (itu bodoh namanya).

Apa yang akoo ingin cakapkan di sini, tidak ada mana-mana manusia yang akan berdiam diri jika mereka dipukul, hatta budak kecik pon akan mempertahankan diri jika merasakan diri mereka dibuli, pasukan bola juga akan menyerang balik jika gawang pertahanan mereka dicerobohi pihak lawan, inikan pula muda-mudi seperti kami yang lahir di bumi Malaysia dan Malaysia merupakan negara dimana mayat kami akan dikuburkan.

Sekiranya orang-rang tua merasakan kemuncak erti sebuah "Kemerdekaan" itu ialah masuk ke hutan berperang dengan musuh untuk mempertahankan negara, muda-mudi seperti kami berfikiran lebih terkehadapan, mencari sebarang strategi termasuklah menggunakan segala perisian teknologi mahupun jet dan kapal sebelum pilihan mengangkat senjata dan berperang secara bersemuka diambil, dan sekali lagi bukannya secara membuta tuli seperti beberapa pemimpin dalam kenyataan "Sayalah orang pertama yang akan masuk ke hutan sekiranya Malaysia di serang" ..

Wednesday, August 27, 2008

MAHA 2008! Titik perpisahan kepada titik pertemuan ..



Pameran MAHA 2008 yang berlangsung selama 2 minggu benar-benar tela mencapai objektif nyer, aku sama sekali tidak percaya bahawa pameran ini bakal menjadi titik pertemuan kembali sejarah manusia yang melampaui zaman ..

Bertemu & berpisa semenagnyer lumrah normal bagi manusia normal, kerna itu aku tidak hairan perpisahan senior Fazli tela membawa kepada pertemuan kami di sini.

Bagiku dunia ni bagaikan jari jemari di telapak tangan, digengam bertemu, dilepas berpisah digenggam kembali akhirnya membawa kepada penyatuan semula ..

Atas sebab itu la aku tidak sesekali akan mentangisi pemergian sahabat-sahabat seperjuangan yang tela sama-sama menghadapi pahit getir dalam meneruskan kelangsungan hidup mencari peluang samada di Bumi kelahiran mahupun di Bumi orang (asalkan bukan di bumi orang Bunian).

Aku begitu merindui kalian semua terutamanya sahabatku yang tela banyak memberi kebaikan duloo sehingga aku berjaya bertapak di atas kaki ku sendiri.

Kengkawan yang tela lama bersamaku sejak di bangku sekola sehingga kini maupun kengkawan yang ku mengenali secara bersua muka ..

Paling ku rindui kengkawan matrikulasi yang tela meninggalkan kesan yang cukup mendalam di jiwaku, dan yang tela menerbangkan diri ke bumi asing ..

Aku cuma ingin katakan bahawa aku teramatlah merindui korang semua, hati-ku cukup tersentuh apabila mengenangkan korang semua yang tela pergi seorang demi seorang meninggalkan aku keseorangan di sini .. Uwaa ..

Tuesday, August 26, 2008

Mac Pro!! akoo mencintai kamoo ..

Inilah CPU idaman ku sepanjang zaman ..

ke''elegan''annya memang tiada tolok bandingan

Mac Pro mampu men''yapot'' sehingga 32 Gb of RAM PC DDR2 800 MGhz, tu baru 800 belum lagi High Performance
Keyboard yang "SUPER SLIM", padat, dan vogue se-laen diperbuat drpd Prior Aluminium dan Recycleable Plastic

Mac Pro - seni CPU yang sukar ditandingi, dibuat oleh Apple inc. merupakan ultimate choice bagi para gamers, direkabentuk untuk kelancaran sepanjang zaman, tanpa sekatan dan menawarkan sistem operasi yang lebih stabil dan mampu bertahan lama. In term of material, x usah cakap lar

Aku memang tabik kerja Mr. Steve Jobs ni, mementingkan kesenian dan ke"power"an dalam hidupnya. Sesiaper saje akan jatuh cinta dengan design maner2 ciptaan Apple yang sememangnyer sungguh elegant dan vogue ..

Sesuatu yang bole aku komen mengenai menciptaan Apple Mac Desktop ini ialah dari segi rekabentuknya yang komprehensif dan mementingkan ke"teraturan", Apple tidak sesekali akan memebenarkan sebarang bentuk ke"serabutan" dalam maner2 produk ciptaannya bermula daripada sekecik-kecik mp3 Apple iPod shuffle sehinggalah kepada sebesar-besar Mac Pro.

Disaluti dengan kecanggihan alat dan kemudahan pengendalian, serta kecanggihaan penciptaan software yang setanding penciptaan hardware-nya, kini semakin banyak syarikat gergasi dunia di antaranya seperti Nokia dan Microsoft juga suda mula me-mimik penciptaan software seperti perisian produk Apple di dalam produk mereka.

Walaupun kedua-dua syarikat contoh itu suda mampu mendabik dada di atas setiap kejayaan mereka melalui penerimaan ramai produk keluaran mereka namun setiap kali Apple mengeluarkan produk baru, punggung CEO kedua syarikat tersebut sudah pastinya meremang kepanasan ..

Shop! shop! sepanjang masa Online ..


Aku punya seketul kad tune money yang aku gunakan untuk 'purchase online', selalunya item yang aku 'select' adalah item dari ebay Malaysia. Aku membeli barang kegemaranku pada harga yang sangat murah skali .. happy nyer!

Apapun aku sentiasa mencari barang-barang kegemaranku pada harga yang sangat murah dan mampu ditanggungku, aku bukan dari keluarga yang mewah yang mampu melayan segenap 'nafsu berbelanja' seperti anak-anak kerabat sebaya usiaku menggunakan kad kredit mewah.

Kad tune money ialah kad kaler merah 'berjenis' VISA yang bole digunakan 'worldwide' stores termasuklah 'Internet Purchasing', aku 'mendapatkan'nya pada bulan jun yang lalu apabila terpengaruh dengan kawanku dari UIA semasa menjalani latihan industri, hehe ..

Kad tune money ini mempunyai tarikh luput iaitu 5 tahun dari tarikh ini dikeluarkan, selepas 5 tahun pengguna perlu membuat pembaharuan kad sekiranya tidak mahu baki simpanan kad ini ''lenyap dari muka bumi'' (mungkin diambil oleh staff Tune Money).

Apapun, aku tela pun menggunakan kad ini untuk membeli lesen Kaspersky Internet Security 2009 pada 2 minggu yang lalu di laman web ebay Malaysia. Aku mendapat harga yang paling murah untuk lesen untuk 3 PC's pada harga RM43.90 =USD 12.99 (di lowyat RM 139 for 3 PC's manakala di PC's fair dulu wan syah dapat RM80).

Aku akan sentiasa terus mencari item barangan pilihanku di mana-mana sahaja yang boleh didapati secara online pada harga yang sangat murah, kerana kerja aku sekarang ialah bershopping ..