Tuesday, August 26, 2008

Shop! shop! sepanjang masa Online ..


Aku punya seketul kad tune money yang aku gunakan untuk 'purchase online', selalunya item yang aku 'select' adalah item dari ebay Malaysia. Aku membeli barang kegemaranku pada harga yang sangat murah skali .. happy nyer!

Apapun aku sentiasa mencari barang-barang kegemaranku pada harga yang sangat murah dan mampu ditanggungku, aku bukan dari keluarga yang mewah yang mampu melayan segenap 'nafsu berbelanja' seperti anak-anak kerabat sebaya usiaku menggunakan kad kredit mewah.

Kad tune money ialah kad kaler merah 'berjenis' VISA yang bole digunakan 'worldwide' stores termasuklah 'Internet Purchasing', aku 'mendapatkan'nya pada bulan jun yang lalu apabila terpengaruh dengan kawanku dari UIA semasa menjalani latihan industri, hehe ..

Kad tune money ini mempunyai tarikh luput iaitu 5 tahun dari tarikh ini dikeluarkan, selepas 5 tahun pengguna perlu membuat pembaharuan kad sekiranya tidak mahu baki simpanan kad ini ''lenyap dari muka bumi'' (mungkin diambil oleh staff Tune Money).

Apapun, aku tela pun menggunakan kad ini untuk membeli lesen Kaspersky Internet Security 2009 pada 2 minggu yang lalu di laman web ebay Malaysia. Aku mendapat harga yang paling murah untuk lesen untuk 3 PC's pada harga RM43.90 =USD 12.99 (di lowyat RM 139 for 3 PC's manakala di PC's fair dulu wan syah dapat RM80).

Aku akan sentiasa terus mencari item barangan pilihanku di mana-mana sahaja yang boleh didapati secara online pada harga yang sangat murah, kerana kerja aku sekarang ialah bershopping ..