Tuesday, August 26, 2008

Mac Pro!! akoo mencintai kamoo ..

Inilah CPU idaman ku sepanjang zaman ..

ke''elegan''annya memang tiada tolok bandingan

Mac Pro mampu men''yapot'' sehingga 32 Gb of RAM PC DDR2 800 MGhz, tu baru 800 belum lagi High Performance
Keyboard yang "SUPER SLIM", padat, dan vogue se-laen diperbuat drpd Prior Aluminium dan Recycleable Plastic

Mac Pro - seni CPU yang sukar ditandingi, dibuat oleh Apple inc. merupakan ultimate choice bagi para gamers, direkabentuk untuk kelancaran sepanjang zaman, tanpa sekatan dan menawarkan sistem operasi yang lebih stabil dan mampu bertahan lama. In term of material, x usah cakap lar

Aku memang tabik kerja Mr. Steve Jobs ni, mementingkan kesenian dan ke"power"an dalam hidupnya. Sesiaper saje akan jatuh cinta dengan design maner2 ciptaan Apple yang sememangnyer sungguh elegant dan vogue ..

Sesuatu yang bole aku komen mengenai menciptaan Apple Mac Desktop ini ialah dari segi rekabentuknya yang komprehensif dan mementingkan ke"teraturan", Apple tidak sesekali akan memebenarkan sebarang bentuk ke"serabutan" dalam maner2 produk ciptaannya bermula daripada sekecik-kecik mp3 Apple iPod shuffle sehinggalah kepada sebesar-besar Mac Pro.

Disaluti dengan kecanggihan alat dan kemudahan pengendalian, serta kecanggihaan penciptaan software yang setanding penciptaan hardware-nya, kini semakin banyak syarikat gergasi dunia di antaranya seperti Nokia dan Microsoft juga suda mula me-mimik penciptaan software seperti perisian produk Apple di dalam produk mereka.

Walaupun kedua-dua syarikat contoh itu suda mampu mendabik dada di atas setiap kejayaan mereka melalui penerimaan ramai produk keluaran mereka namun setiap kali Apple mengeluarkan produk baru, punggung CEO kedua syarikat tersebut sudah pastinya meremang kepanasan ..