Saturday, August 30, 2008

Erti sebuah Kemerdekaan ..

Pada keesokan hari genap-lar Malaysia mencapai umur 51 taun, bapa-ku baru berumur 54 taun, akoo cuma ingin mengingatkan "keng-kawan" yang berada di luar sana dan juga diriku sendiri yang lahirnya tanpa merasa keperitan "jihad" orang-orang dahuloo kala yang telah "menukarkan" harta benda dan nyawa mereka untuk "sebuah negara yang mempunyai kedaulatan bernama Malaysia".

Di dalam dada dan perut akhbar-akbar tidak kira-lar berbahasa melayu, mandarin, tamil, jawa barat, jawa timoor mahupon penan skalipun pastinya ader coretan-coretan orang-orang tua yang kononnya mereka tela merasai zaman ke"pahit"an sebelom zaman kemerdekaan dan berpendapat bahawa muda-mudi zaman ini (seperti akoo dan korang semua) tidak pernah merasai zaman peperangan lantas tidak memahami erti nilai sebenar sebuah kemerdekaan (p/s : what the hell is that?)

Akoo setuju bahawa akoo lahir selepas kemerdekaan, akoo teda perna merasai "keseronokan" memegang sepucuk rifle mahupon boozaka seperti orang-orang duloo yang tela bermati-matian menentang Penjajahan British dan Pihak Kuomintang, namun itu bukan lar satu perkara yang menjadi "kewajipan mutlak" untuk seorang homosapiens memahami erti sebuah "kemerdekaan".

Apabila bercakap mengenai erti "Kemerdekaan", apa yang korang semua paham? mungkin sekiranya ditanya pada orang-orang tua dahuloo, erti kemerdekaan itu kepada mereka ialah satu kebebasan daripada sebarang bentuk penjajahan samada fizikal maupon mental rohani, diperkuatkan lagi dengan perasaan sayu mereka dan kenangan getir sewaktu menuntut kemerdekaan daripada tangan Penjajah. Pasti-nyer sukar untok mereka menerima bahawa muda-mudi yang tidak mempunyai tanggapan "kemerdekaan" seperti mana tanggapan mereka.

Pada korang semua pulak, macam maner kalu ditanya aper erti kemerdekaan pada korang? Pada akoo erti Kemerdekaan itu terletak segala maksud-nyer secara terperinci di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, carik je .. dan yang pasti ayat itu dikarang oleh orang-orang tua yang hidop pada zaman sebelom Kemerdekaan dan bukannya dikarang oleh "muda-mudi" seperti akoo dan korang semua.

Ader juga orang tua-tua daripada akoo dan korang-korang semua yang merasakan, sekiranya ditakdirkan Malaysia ini menghadapi peperangan, mereka berpendapat bahawa golongan muda-mudi (seperti akoo dan korang semua) akan bertempikkan lari lintang pukang menyelamatkan diri, manakala orang tua-tua akan 'berdiri teguh memegang senjata menyelamatkan negara dan maruah bangsa',

Akoo sama skali tidak bersetuju, maner ader orang yang diserang dengan bom dan mortar akan berdiri berhadapan dengan peledak dan letupan semata-mata untuk menunjukkan diri ini cukup gagah dan berani demi menyelamatkan maruah bangsa dan negara ..

memang secara membuta tuli-nyer manusia akan melarikan diri, tapi itu bukan bermakna kita akan berdiam diri, kita akan menyerang balik menggunakan torpedo dan jet pejuang, dan bukannya membuta tuli memegang senapang dan masuk ke hutan untuk melawan jet dan kapal musuh (itu bodoh namanya).

Apa yang akoo ingin cakapkan di sini, tidak ada mana-mana manusia yang akan berdiam diri jika mereka dipukul, hatta budak kecik pon akan mempertahankan diri jika merasakan diri mereka dibuli, pasukan bola juga akan menyerang balik jika gawang pertahanan mereka dicerobohi pihak lawan, inikan pula muda-mudi seperti kami yang lahir di bumi Malaysia dan Malaysia merupakan negara dimana mayat kami akan dikuburkan.

Sekiranya orang-rang tua merasakan kemuncak erti sebuah "Kemerdekaan" itu ialah masuk ke hutan berperang dengan musuh untuk mempertahankan negara, muda-mudi seperti kami berfikiran lebih terkehadapan, mencari sebarang strategi termasuklah menggunakan segala perisian teknologi mahupun jet dan kapal sebelum pilihan mengangkat senjata dan berperang secara bersemuka diambil, dan sekali lagi bukannya secara membuta tuli seperti beberapa pemimpin dalam kenyataan "Sayalah orang pertama yang akan masuk ke hutan sekiranya Malaysia di serang" ..