Monday, August 25, 2008

Al-Kisah teman Chemistry-ku bernama Nazren Radzuan ..

Inilah teman chemistry-ku bernama Nazren Radzuan. Dia punya beberapa sifat yang antaranya aku gemari dan ada antaranya aku paling tidak sukai.

Antara sifat-nya yang aku gemari ialah:
  • mudah tersenyum
  • mudah menerima lawak aku walaupun adakalanya die ketawa ketika aku tidak melawak
  • mempunyai 3 garis senyuman apabila tersenyum, manusia normal mempunyai 2 garis senyum
  • mudah mesra dengan sesiapa sahaja
  • mudah tertarik dengan kelembutan dan perhatian istimewa gadis (agaknya sebab itulah dia jatuh cinta kat ayu)
  • memberi perhatian terhadap percakapan aku walau dari jauh (nie yg aku suka sangat, lelaki yang peka)
  • suka menyapa dan memberi salam apabila bertemu
dan antara sifat-sifat yang aku tidak sukai mengenainya:
  • liat nak terima cadangan aku, payah aku nak yakinkan dia buat suatu perkara
  • menganggap pandangannya adalah terbaik dan sukar menerima pandangan aku (xtaw la dgn orng laen mcm mana, tp dengan ayu x kot)
  • susah nak terima pertolongan aku, walau pun aku daa bilang yang aku tidak keberatan menolong (hay! payah)
  • tidak menjiwai sesuatu pekerjaan apabila menerima tanggungjawab (mungkin dia rasa tanggungjawab itu sekadar kerja semata-mata dan tidak perlu bersusah-payah melakukannya dengan sebaik yang mungkin)
Walaupun begitu, bukanlah tujuan aku untuk mempromosikan atau memburukkan teman chemistry-ku kerana aku sangat lah sayang dengannya, aku suda menganggap dirinya seperti adik beradik kandungku sendiri dan pertalian kami akan "terus beroperasi" seperti persaudaraan sesama Islam, mungkin seperti pertalian adik beradik kandung.

Apa yang ingin aku katakan sepanjang empat tahun bersama nya, aku tela melihat titik tolak perubahan nya sejak dari mula salam perkenalan sehinggalah kepada ingin melangkau ke Alam Berumah tangga.

Aku ingin katakan amatlah susah untuk manusia berubah, sepanjang hidup aku jarang sekali melihat insan bernama lelaki boleh berubah dalam waktu empat tahun, kerana lelaki sememangnya terkenal dengan sifat egois dan mendabik dada, tetapi lelaki ini bole berubah disebabkan kehadiran seorang wanita ..

Apa sekali pun perubahan seorang manusia itu, penghijrahan adalah sesuatu kewajipan bagi umat Muhammad asalkan penghijrahannya daripada perkara yang buruk kepada perkara baik dan bukannya sebaliknya..