Wednesday, September 10, 2008

Bosan

Bosan!! mungkin itu perkara biasa buat kalian semua, tapi pernahkah anda berasa bosan dengan diri sendiri, akoo terasa seperti terlalu bosan dengan diriku sehingga akoo mula memabnding-bandingkan diriku dengan manusia-manusia laen yang ku anggapan ceria ..

Wah .. bosan nya tajuk akoo

Sunday, September 7, 2008

Fakta di bulan Ramadhan

Fakta-fakta sahih di bulan Ramadhan:
  1. Akoo semakin kurus
  2. Berat turun mendadak
  3. Duit poket maintain lagi
  4. Akoo semakin malas
  5. Kerja akoo di bulan ini ialah tidur siang dan malam

Thursday, September 4, 2008

Mengenang kembali kisah dahuloo

Akoo ter kenang kembali ketika duloo-duloo, ketika akoo masih kecik berpuase pon disebabkan duit upah ..

Memang sukar untuk akoo melupakan saat itu, saat akoo masih tinggal sebumbung dengan sedara-mare di dalam satu rumah, hidup akoo ketika itu maeenn je manjang, tak de laen ..

Mercun, Bunga api, Kejar-kejar, anak harimau, komunis, panjat pokok, mandi sungai, mandi hujan jgn cakap lar ... buas nak mampos, puase akoo ketika itu juga x pernah kira batal x batal, yang penting makanan x masok mulut ..

Waduh, rindunyer akoo ketika itu .. Kini semuanyer suda tiada .. kegirangan akoo dahulu menemui titik noktah, sedara ku daa kawin, ade yang daa ke rusia, yang ke Kedah mencari mata pencarian pon ade, akoo pulak x lama lagi bakal meninggalkan alam pelajar



P/s: malas nak tulih panjang-panjang ..

Monday, September 1, 2008

Menghayati bulan Ramadhan

Ramadhan kini bertandang, pejam-celik pejam-celik setahun sudah pun berlalu, akoo masih lagi ingat peristiwa di dalam bulan yang lalu masih lagi segar dalam ingatan. Cuma nya akoo terasa bagai kan bulan ini begitu pantas mengelilingi bumi dan bumi terlalu pantas berputar mengelilingi matahari.

Siapa tahu tanpa di duga, akoo sudah pun memiliki keluarga sendiri, bulan ramadhan bertandang setahun sekali mengikut kalendar Islam. Di dalam bulan ini rezeki datang melimpah ruah.

Bukti nya lihat saja di bazaar-bazaar ramadhan, begitu penuh manusia bagai kan lautan di padang masyhar begitu khusyuk memilih juadah untuk berbuka bersama-sama insan tersayang.

Bagi akoo, ramadhan kali ini teda beza nya berbanding ramadhan yang lalu, akoo tetap akoo, akoo masih lagi meneruskan perjuangan mencari identiti diri yang hilang sejak akoo menjejak kaki ke bumi ini.

Di dalam bulan yang mulia ini, akoo menilai kedudukan akoo, adakah akoo yang sekarang ini berbeza dengan akoo pada tahun lepas? dan tahun-tahun sebelum-nyer? apakah perubahan yang akoo lakukan mampu membawa masa hadapan yang cerah kepadaku?

Akoo seringkali tidak dapat lari daripada dihujani dengan persoalan-persoalan seperti ini, atau setidak-tidak-nyer akoo masih mampu menilai sendiri tahap pencapaian akoo berbanding dengan tahun-tahun yang lalu.

Di dalam kalendar Islam, bulan ramadhan merupakan bulan yang baru bagi penganutnya (selain daripada tarikh permulaan hijrah). Di dalam realiti, bulan ini merupakan bulan kelahiran di mana fasa pertama anak bulan dirujuk.

Sewajarnya akoo mengambil pendekatan saintifik ini untuk memperbaiki diri akoo dan "lahir semula" menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.

Terdapat berbagai kekangan untuk akoo mencapai ke arah tersebut, di antara halangan utama ialah melawan sifat akoo sendiri yang terbentuk setelah lebih dua puluh tahun menjejaki kaki ke bumi ini, sifat ini lah antara cabaran paling teguh yang hampir tidak mampu dicapai oleh manusia yang lemah keazamannya.

Akoo tidak dapat menafikan bahawa akoo mungkin termasuk di dalam golongan ini, nafsu dan dorongan telah lama menduduki hati akoo dan menguasai hampir keseluruhan diriku, kadangkala akoo tersungkur di tengah-tengah jalan, dan hampir sekali berputus asa.

Akoo mengagumi manusia yang punya ketabahan hati, yang mampu membawa perubahan rohani dalam jiwa mereka, mampu menundukkan rasa bersalah mereka terhadap dosa-dosa, tetapi akoo masih lagi bertatih dan merangkak menuju ke jalan itu, semoga akoo mampu tiba ke destinasi tujuanku ..